Skip to content

Hata: Wartawan kini hanya pentingkan gaji

Thu 2011-Jun-2 @ +08 18:57:15 pm

from Merdeka Review
Chan Wei See
Jun 02, 2011 06:05:49 pm

Hata Wahari yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai Presiden National Union of Journalists (NUJ) sebak ketika berkongsi pengamatan bahawa wartawan kini hanya mementingkan gaji sendiri, dan tidak berprihatin terhadap kebebasan akhbar, dalam satu forum, semalam.

Hata Wahari yang menyandang jawatan ini untuk tempoh 11 bulan, ketika membincangkan “nilai” wartawan dalam satu forum semalam, berkata “nilai” itu tidak dapat diukur dengan wang ringgit. Namun demikian, anggota NUJ hanya mengambil berat tentang gaji dirinya, kadar penyelarasan gaji, rancangan melancong ke luar negeri dan sebagainya, langsung tidak berprihatin terhadap kebebasan media – walaupun perlembagaan NUJ dengan jelas menggariskan, matlamat utamanya adalah mempertahankan kebebasan media.

“Untuk mereka, wang adalah paling penting. Gaji, penyelarasan tiga tahun sekali, 13%, 14%…” Hata Wahari mulai sebak, beliau menahannya dan meneruskan, “Untuk saya ini adalah sesuatu yang pelik…”

“Ia sesuatu yang menyedihkan. Untuk 11 bulan yang lalu, saya selaku Presiden NUJ, mengharapkan perubahan dalam NUJ. Tapi, apa yang memilukan, ia tidak… Ini kerana segala-galanya ada kaitan dengan wang. Dalam NUJ, kami hanya membincangkan kenaikan gaji tahunan, peraduan mencari harta karun, melancong keluar negeri. Ini sesuatu yang menyedihkan,” kata Hata Wahari.

“Kebebasan media tu seolah-olah hanya… hanya untuk dilihat saja. Tak apa kalaupun tak ada…” Beliau gagal meneruskan, meminta agar moderator, Zaharom Nain memberi laluan kepada panelis lain.

Forum berjudul “What price, media freedom?” (Kebebasan media, apa harganya?) ini dianjurkan Centre for Independent Journalism (CIJ), membariskan ahli panel Hata Wahari, Wong Chin Huat (pensyarah media dan pengkaji politik), penyelidik institusi pengajian tinggi swasta, Ng Eng Kiat. Moderator adalah Profesor Zaharom Nain.

Kira-kira 40 orang termasuk aktivis dan wartawan menghadiri forum yang bertempat di pejabat Loyar Buruk. Perbincangan berlegar pada masalah yang dihadapi media bebas (independen), dan jalan keluarnya, antaranya krisis MerdekaReview yang berdepan dengan nasib untuk menamatkan operasi lantaran daripada masalah kewangan.

Hata Wahari menyandang jawatan Presiden NUJ sejak 17 September 2010, mengeluarkan kenyataan untuk mengkritik majikannya, Utusan Malaysia kerana memainkan isu perkauman. Beliau kemudiannya dipanggil untuk menghadiri siasatan dalaman, dan akhirnya dipecat pada 21 April 2011.

Hata Wahari (gambar kanan) hilang kelayakannya berikutan pemecatan dari Utusan Malaysia, lantas melepaskan jawatan selaku Presiden, dan diambil alih oleh Naib Presiden Chin Sung Chew dari Sin Chew Daily. Sebelum ini, Hata Wahari menerima undangan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk menjadi Editor Utusan Rakyat, namun terbitan ini belum mendapat permit dari Kementerian Dalam Negeri.

*Chan Wei See ialah pemangku Ketua Pengarang MerdekaReview.
Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Original story in Chinese:
cwww.merdekareview.com/news/n/18530.html

Advertisements
4 Comments
  1. Thu 2011-Jun-2 @ +08 22:11:56 pm 22:11

    PRICE OF PRESS FREEDOM – 020611

    What price press freedom
    With prize as public kingdom
    Without rice as personal fiefdom
    With rise in private serfdom

    (C) Samuel Goh Kim Eng
    http://motivationinmotion.blogspot.com
    Thur.2 Jun.2011.

  2. farha permalink
    Fri 2011-Jun-3 @ +08 11:37:36 am 11:37

    Hata is right when he says the value of being a reporter/journalist cannot be measured in $$. Payrise or no payrise, I’m staying as one and will remain one for as long as I can, unless I find something more rewarding (not in monetary terms).

    • uppercaise permalink*
      Sat 2011-Jun-4 @ +08 09:00:42 am 09:00

      good for you. I hope you find what you seek.

  3. Raj permalink
    Sat 2011-Jun-4 @ +08 01:16:55 am 01:16

    Sad but true. I plead guilty.

Comments are closed.

%d bloggers like this: