Skip to content

Kisah Jho Low dan anak Rosmah – NYT

Mon 2015-Feb-9 @ MYT 18:44:32 pm

The New York Times
Laporan akhbar New York Times 8hb Feb 2015

Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya

Today's New York Times

Today’s New York Times

Taek Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan. “Spekulasi mulai timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New York Post.

Namun, sejak itu, persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika Syarikat. (Read in English.)

Walaupun Low mempunyai hubungan rapat dengan beberapa orang kenamaan, namun begitu, terdapat sebuah keluarga yang terus-terusan dikaitkan dengan Low, iaitu keluarga perdana menteri Malaysia sendiri, Dato’ Seri Najib Razak. Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London. Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM 117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem “The Wolf of Wall Street” dan “Dumb and Dumber To.” (Teruskan membaca di sini dalam Bahasa Inggeris.)


Unit kondo mewah dan syarikat perfileman tersebut kini dipaparkan di dalam sebuah siri projek siasatan global oleh New York Times yang meneliti aliran wang asing yang masuk ke Amerika Syarikat, dengan menjadikan unit-unit kondominium di dalam bangunan “Time Warner Center” sebagai titik fokus.

New York Times mendapati bahawa walaupun sebahagian besar wang asing ini datangnya daripada sumber kekayaan yang sah, namun beberapa rakyat asing yang memiliki unit kondo di Time Warner Center telah menjadi subjek dalam beberapa penyiasatan kerajaan.

The Jho Low storyProjek ini turut memaparkan artikel-artikel tentang ahli-ahli politik dari Mexico (akan datang minggu ini) dan Rusia (akan datang minggu ini), dan juga tentang seorang ahli perniagaan kontroversi dari India (akan datang minggu ini). New York Times juga mendapati bahawa kini, lebih setengah daripada pembeli-pembeli unit kediaman mewah di bandar New York memilih untuk melakukan pembelian secara rahsia dengan menggunakan tabung amanah atau jenis syarikat yang lain, daripada memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri.

Pada tahun 2011, Low telah membeli sebuah penthouse di Time Warner Center bernilai RM 109 juta dengan menggunakan sebuah syarikat yang rahsia. Pada masa yang sama juga, Low mulai dikritik oleh umum di Malaysia. Kritikan tersebut mempersoalkan peranan Low dalam pembentukan 1MDB, yang merupakan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan. Sejak itu, parti pembangkang dan juga beberapa ahli UMNO terus mempersoalkan 1MDB, di mana lembaga penasihatnya juga dipengerusikan oleh Najib sendiri.

Menurut Low, Riza Aziz merupakan sahabatnya, dan hartanah yang dijualnya kepada Riza telah dilakukan sebagai dua individu persendirian dan telah mengikut kadar pasaran semasa.

Pada masa yang sama, Riza mengatakan dirinya seorang yang kaya secara peribadinya. Pejabat Perdana Menteri mengatakan bahawa Najib juga tidak memeriksa berapa banyakkah pendapatan anak tirinya itu.

Malaysia merupakan salah satu negara dengan aliran wang keluar tertinggi di dunia. Keadaan ini telah menempatkan Malaysia, sebuah negara dengan hanya 30 juta penduduk, bersama-sama dengan negara seperti China, Rusia, India, dan Mexico – negara-negara di mana aliran wang keluar yang tinggi lebih biasa dilihat.

Sepanjang tempoh pemerintahan beliau, Najib juga telah berusaha untuk membina hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

» The Jho Low story – New York Times

One Comment

Trackbacks

  1. Harakah refuses to back down on Riza story | uppercaise

Comments are closed.

%d bloggers like this: